Friday, February 26, 2010

...maulidurrasul...dari fikrah seorang ulama'.

"semangat maulidurrasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja,tetapi ia perlu untuk terus hidup sepanjang hari dan sepanjang tahun.Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan mengenepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah s.a.w. iatu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah s.w.t"...TGNA

Tuesday, February 23, 2010

...tiada 'red carpet' dalam perjuangan...



Saturday, February 20, 2010

...He is always there...

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar… :)


...karenah...

HADAPI KARENAH DEGIL

بسم الله الرحمن الرحيم 


Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.
ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.

Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday, February 17, 2010

...indahnya islam...berusahakah kita ke arahnya...

Tuesday, February 16, 2010

tazkiatunnafs

Monday, February 15, 2010

...resah...

...manusia ...lumrahnya dilahirkan menangis...namun di saat lahirnya jiwa suci itu ke dunia... tangisan itu logiknya agak tersasar untuk dikatakan tangis resah...setelah masa berlalu... semuanya berubah mengikut masa dan corak yang telah dilukiskan oleh samaada kedua ibubapa atau siapa jua yang menjaga dan membesarkan anak itu...maka pada banyak waktunya tangisnya akan lebih membayangkan keresahan jiwa dengan pelbagai musabab.

...manusia...keresahan selalunya berkaitan dengan kitaran hidup yang dilalui...hubungan sesama makhluk...keperluan kehidupan... atau mungkin juga 'kemewahan'...

...manusia...mengejar kehidupan ada ketikanya lupa jalan pulang kepada Nya...biar semuanya sudah ada di depan mata namun jiwa masih kosong...hati dilanda resah...kenapa...mengapa... pasti ada jawapannya...semuanya bergantung kepada kesediaan jiwa dan mental untuk menerima kebenaran biarpun apa warna serta coraknya.

...manusia...kekadang alpa bahawa perjuangan yang digalas dalam kehidupan ini... biar apa juga destinasinya adalah sesekali tidak mungkin dapat memisahkan diri dari ketentuan Ilahi... maka kenapa masih ada yang enggan melepaskan ego yang tinggi...kesombongan...keangkuhan... atau mungkin juga segalanya yang dirasakan 'hak personal' ...sedang jiwa diselimut resah gelisah yang tidak berkesudahan.

...manusia...selesa berada 'di atas' dan dengan 'penghormatan' duniawi jua akan memberikan ruang keresahan diri.merasakan jawatan atau apa saja namanya sebagai hak dan bukan rasa tanggung jawab malah mengheret rasa berkuasa ke atas orang lain...dan resah ini akan terus mengganggu malah boleh membunuh jiwa kemanusiaan.

...atas kesedaran yang ada ...walau hanya sedikit dan hanya sedetik...biarlah kita ubah segalanya.walau di awal langkah...payahnya terasa namun alah bisa tegal biasa...susutkan ego , angkuh , sombong dan matikan jiwa 'rasa berkuasa'...yang pasti...semuanya tidak layak bagi kita sebagai manusia yang lemah untuk bersifat seumpamanya.

...berikan sedikit ruang serta masa untuk berfikir secara tulus bahawa manusia ini saling memerlukan lantaran tiada insan yang perfect...malah kita di ciptakan untuk saling menyempurnakan...saling menghormati...mudahan dengannya akan meningkatkan jiwa taqwa.
lupakan 'kedudukan' atau mungkin apa saja yang merosakkan...dan kita bina di atasnya kekuatan dan kemantapan aqeedah agar resah yang ada diganti dengan jiwa tenang...yang tiada ternilai dengan isi dunia...harga sebuah keimanan..

"wahai jiwa yang tenang...kembalilah kepada Tuhan mu dengan redha dan diredhai"...

Wednesday, February 10, 2010

...pil pintar...?

...fenomena pil pintar atau apa jua bentuk,rupa dan namanya...yang pasti matlamatnya cuma satu dan hanya satu...khususnya para ibubapa...kejayaan anak-anak dalam pelajaran sehingga ke tahap yang paling tinggi.

seimbas lalu...ia seolah-olah satu short cut menggenggam kejayaan...maka lahirlah budaya pengambilan pil pintar ini...atau hakikatnya ...pengusaha pil yang 'pintar' menangguk peluang yang ada di depan mata tanpa mengira halal haramnya.

...rehatkan minda seketika...lupakan 'pil pintar'...kita kembali kepada mengenai fakta mengenai otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluk Nya yang bernama manusia...otak yang dianugerahkan aqal...yang membezakan manusia dengan haiwan.malah sesetengah saintis menganggap otak manusia seumpama radiator yang menyejukkan darah dan super komputer.

badan neuron adalah pusat memproses maklumat dalam otak dan para saintis neuro menganggarkan terdapat kira-kira 100 bilion neuron dalam otak manusia..maklumat dalam bentuk impuls letrik yang dihantar ke otak akan bertukar menjadi biokimia dan membuat neurotransmiter antara dendrit neuron...sentuhan atau hubungan ini akan mengaktifkan otak.

kelajuan maklumat diserap atau disampaikan banyak bergantung kepada sumber pemakanan yang diambil individu.contohnya sumber protin yang menghasilkan asid amino dari triptofan dan tirosina mempengaruhi ketajaman berfikir dan kecerdasan otak...begitu juga dengan vitamin b kompleks yang menjadi asas kepada sumber tenaga untuk mempercepatkan tindakbalas dalam badan manusia ke otak.

...yang pasti...pemakanan yang diambil akan memberikan kesan yang besar terhadap otak.

...pil pintar...inikah asas lahirnya pil atau apa saja namanya yang mendorong ramai orang menggunakannya??? atau pengguna yang tersilap menafsirkan produk... kekhilafan ini membuka peluang bagi sesetengah orang yang suka mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi pasaran yang sememangnya teramat besar...bahkan ada yang sanggup menjaja bahawa produk mereka adalah segala-galanya...produk itulah yang menjayakan,menyembuh, menjaga dan menjadikan begini dan begitu...tiada lagi Allah disebalik semuanya...

...berpijaklah di bumi yang nyata...bahawa memang pemakanan banyak mencorakkan otak dan sesetengah ubat atau pil (khususnya yang mendapat kelulusan kem.kesihatan ) adalah untuk MERANGSANG otak dan BUKAN menjadikannya pintar...otak akan berfungsi dengan baik bila ia digunakan...jadi aktifkan aktiviti otak dengan banyak membaca,berfikir secara kreatif dan positif dan paling utama menjadikan diri kita ibubapa contoh...hamba yang patuh dan taat pada Allah Rabbul 'Alamin.Ini kerana hamba yang patuh akan mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat...disenangi manusia...dikasihi Allah.

semuga kita lebih berhati-hati sesudah ini...pastikan apa yang kita consume benar-benar suci di sisi Ilahi.amalkan pemakanan yang baik untuk merangsang kecerdasan minda dan betulkan i'tiqad bahawa kita hanya berusaha tetapi yang Maha Memberi itu hanya Allah...mengamalkan pemakanan pil atau sebagainya hanyalah sebagai usaha...bukan kemestian yang mutlaq...dan pastikan kita kenal dalam ertikata yang sebenarnya apa yang kita makan...hatta kismis atau kurma...kerana dimana-mana jua akan ada manusia akan mengambil kesempatan mencari keuntungan di celah-celah kejujuran insan lain...malah mengambil kesempatan menjauhkan kita dari islam yang syumul...na'uzubillah.

"sesungguhnya tiada jalan pintas meraih kejayaan"

Tuesday, February 2, 2010

...muhasabah...

...kenali diri...
...dari mana kita datang...ke mana kita kan pergi...
...sudahkah kita praktikkan apa yang kita serukan kepada insan lain...
...bagaimana wajah solat kita hari ini...
...sudahkah kita memaafkan kesilapan orang terhadap kita...
...adakah doa kita hari ini menyeluruhi muslim mukmin...
...bersediakah kita andai dipanggil mengadap Ilahi ketika ini...
...
...
...lakukan sesuatu...