Tuesday, April 27, 2010

...sabar...

...sabar...kalimah yang terlalu biasa kita dengari...namun kenalkah kita atau fahamkah kita maksud yang tesirat di  dalam kalimah ini...sabarkah kita bila dihadapkan dengan pelbagai ujian yang memeritkan...yang memerlukan segala kekuatan jiwa dan mental...serta dengan hampir setiap hari membadai...

...sabar itu apabila kita dapat mengawal fikiran...emosi...dan segalanya ketika detiknya kita diuji...ketika marah... ketika dipuji...dan pelbagai rupa lagi...

berdayakah kita senyum menerima fitnah yang dilemparkan ...diiringi ucapan subhanallah...
mampukah kita menyabarkan diri tatkala dihujani hinaan serta caci maki...
betahkah kita beristighfar ...mengharap sabar bila  hati mula berkata-kata bahawa kita adalah yang terbaik..
bolehkan kita menerima teguran dan kritikan...samada lembut atas keras dengan lapang dada...

...itulah suasananya...sabar kita digoyah hampir di setiap langkah perjalanan...biar apa jua situasinya kesabaran ( dalam keimanan ) adalah kunci utama bagi menutup pintu-pintu laluan syaitan laknatullah meresap masuk ke urat darah...lalu menjalar ke setiap inci tubuh.

...rasulullah bersabar dengan pelbagai ujian dakwah selama 23 tahun...di mana kita....

...ada tikanya kita yang bernama manusia ini akan ternoktah sabar dan hilang iman bila diuji dengan urusan atau harta duniawi...ada juga hilang sabar...lalu menjadi sombong diri dek kerana merasa diri sudah 'alim dan baik atau merasa angkuh dengan ilmu yang ada...tidak kurang yang hilang sabar bila berada di puncak hiraki kuasa sehingga lupa bahawa  hanya Allah yang maha berkuasa.

...ayuh sama-sama kita muhasabah diri...tingkatkan kesabaran dalam setiap langkah menelusuri kehidupan... mudahan kita dijauhkan Allah dari segala sifat mazmumah kerana tidak sabarnya kita dalam kehidupan yang dipinjamkan Allah ini...ameen.