Friday, June 19, 2009

**erti kasih sayang**

lama betul teman tak menjengah laman ini...kalut dan sibuk memang lebih sedikit bila cuti persekolahan..biasalah bila ramai ramai berkumpul..paling best,cuti kali ini adik adik teman datang berkunjung bersama anak-anak.riuh rendah rumah yang teman tumpangi ini...walau agak letih tapi hati teman puas dan bahagia meraikan tetamu yang jarang-jarang dapat berkumpul bersama. adik teman yang satu-satunya perempuan ni seorang yang sangat cekal dalam bertindak..rajin dan seorang ustazah yang dedikasi..lulusan IPDA ini akan menyambung pelajarannya ke U...walau anak sudah lima namun hatinya amat kuat untuk terus belajar...sebenarnya seusai stpm dan mendapat keputusan dia ditawarkan ke UM tetapi kerana ada sedikit masaalah, hanya menyambung pelajaran ke IPDA dan memberikan laluan kepada adik teman yang seorang lagi ke UIA ..agak teman la..itulah sebabnya dia tetap nak sambung belajar...however semuga dia berjaya dan 'pengorbanan' nya terhadap seorang adik...kerana kasih...kerana sayang tidak dilupakan.

0 comments:

Post a Comment