semuanya akan menjadi sukar...payah...andai rasa kita adalah yang terbaik dan tidak boleh menerima apa jua bentuk pandangan yang berbeza...jauh sekali untuk menerima teguran atau kritikan dengan lapang dada.
sedangkan rasulullah boleh menerima pendapat malah teguran para sahabat...maka siapa kita untuk mendabik dada...tidak boleh ditegur...
memang fitrah manusia biasa akan terusik hatinya bila ditegur atau dikritik...tapi kita juga dikurniakan aqal oleh Allah untuk memintas nafsu ammaarah dengan zikrullah dan bersikap rasional dalam bertindak...biar kita ditegur bila tersilap langkah atau silau dalam perhitungan... mudahan ia menandakan Allah masih sayangkan kita lantaran melalui teguran kita boleh memuhasabah diri dengan lebih baik dan dapat meningkatkan cinta kasih kita kepada Allah.
...biar siapa yang menegur atau apa cara teguran dibuat...apa yang perlu bagi kita adalah ambil saja yang positifnya dan jadikannya antara lorong-lorong terbaik untuk muhasabah dan mengenali diri...kerana adakalanya yang pahit itu adalah penawar yang paling mujarab...
insyaAllah...mudahan kita antara yang sentiasa mendapat rahmat kasih Allah dari teguran atau kritikan yang diterima...ameen.