Saturday, January 23, 2010

...teguran...kritikan...

...dalam melalui liku-liku kehidupan yang pelbagai bentuk cabaran dan dugaan ini...kita manusia kadang-kadang tergelincir dari landasan yang telah ditunjukkan oleh rasulullah...itu hakikat... tapi wajarkah kita biarkan saja kesilapan itu sebati dalam diri...dimamah usia...lemahkah kita andai menginsafi serta mengakui kesilapan diri lantas memperbetulkan langkah...akan hilangkah segala keagungan duniawi andai kita mengambil sikap memaafkan orang lain dan tidak segan memohon maaf...

semuanya akan menjadi sukar...payah...andai rasa kita adalah yang terbaik dan tidak boleh menerima apa jua bentuk pandangan yang berbeza...jauh sekali untuk menerima teguran atau kritikan dengan lapang dada.

sedangkan rasulullah boleh menerima pendapat malah teguran para sahabat...maka siapa kita untuk mendabik dada...tidak boleh ditegur...

memang fitrah manusia biasa akan terusik hatinya bila ditegur atau dikritik...tapi kita juga dikurniakan aqal oleh Allah untuk memintas nafsu ammaarah dengan zikrullah dan bersikap rasional dalam bertindak...biar kita ditegur bila tersilap langkah atau silau dalam perhitungan... mudahan ia menandakan Allah masih sayangkan kita lantaran melalui teguran kita boleh memuhasabah diri dengan lebih baik dan dapat meningkatkan cinta kasih kita kepada Allah.

...biar siapa yang menegur atau apa cara teguran dibuat...apa yang perlu bagi kita adalah ambil saja yang positifnya dan jadikannya antara lorong-lorong terbaik untuk muhasabah dan mengenali diri...kerana adakalanya yang pahit itu adalah penawar yang paling mujarab...

insyaAllah...mudahan kita antara yang sentiasa mendapat rahmat kasih Allah dari teguran atau kritikan yang diterima...ameen.

1 comments:

DAKWAH YEOP said...

Jazakillah khairan,,,semua insan perlu ditegur, kadang2 ianya berfaedah bagi menghilangkan rasa ego, rasa terlalu dihormati, rasa sudah cukup baik dan lain2 lagi sifat negetif. cuma yang menjadi masalah kadang2 cara teguran tidak membantu orang yg ditegur utk akur dan menerima teguran. semoga Allah mengurniakan akal dan hikmah kepada kita semua."BERILAH PERINGATAN SESUNGGUHNYA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG2 MUKMININ".

Post a Comment