Sunday, November 29, 2009

eidul adha

salam eidul adha buat kedua ayahbonda...jutaan ampun dan maaf kerana tidak mampu bersama sama menyambut eidul adha pada tahun ini...yang pasti hati dan doa anak ini akan tetap terus bersama kalian...insyaAllah.

Wednesday, November 25, 2009

terima kasih cikgu..

Jutaan terima kasih khusus buat guru-guru Sek.Keb.Sungai Batu, Pantai Remis,Perak...dedikasi kalian dalam mendidik anak-anak warga kampung ini amat besar ertinya buat kami ibubapa yang mendambakan kejayaan buat anak-anak.

Secara peribadinya... anegerah emas untuk para guru SKSB yang mendidik anak-anak kami dari tahap mengenal abc sehingga berlalunya UPSR...setiap individu guru dengan keistimewaan yang tersendiri...moga jerih payah kalian akan diganjarkan Allah dengan kebaikan yang banyak.

Thanks to Sir Murali for your dedication...your encouragement make the students really interested in learning english...thanks and congrats also to teacher Christina.

Jazakumullahu khairan kathira buat ustaz dan ustazah yang banyak membimbing anak-anak kami agar sentiasa hidup berlandaskan peraturan Ilahi.Sesungguhnya sebesar manapun kejayaan duniawi yang diperolehi,ianya tetap tidak bernilai tanpa disandarkan kepada aqeedah yang mantap serta penghayatan yang syumul.

Terima kasih semua..

ikhlas...ummi lil;

Qatrunnada-ukm
Izzat Fathi -ukm
Nadia Ulfa -upm
Adib Naufal-Sbpi Gopeng (ex-pelajar Sman Raja Dr Nazrin Shah)
Irfan Aqil -Sman Raja Dr Nazrin Shah
Asma Adiba-

...bekas pelajar SKSB...

assyukr ilaik ya Rab.

alhamdulillah and congrats to my dear girl for your excellence in upsr..your hard working is now glooming your life,yes.. for sure this is the first step for a very long lifetime journey.Do remember that this smart kickstart will push you up to the rainbow if you are always try hard and target the best in your life...and always make sure be an obedient to Allah the most gracious most merciful. Our life is nothing without His redha.

Wednesday, October 14, 2009

life...is what you did

khusus buat ayahanda bonda...jazakumallahukhairan kathira di atas semua yang telah di titipkan kepada anak kalian...sejak di dalam kandungan sehingga detik ini...hanya doa yang tidak pernah lekang di setiap solat untuk ayahanda serta bonda sebagai tanda cinta kasih ini buat kalian...

anak-anak...permata hati ummi...paling utama...biar apa jua yang kalian lakukan dalam kehidupan ini...pastikan ianya tidak bercanggah dengan firman Ilahi dan sunnah rasulullah.

dunia pengajian yang dilalui kini jadikan ia langkah pertama menuju kejayaan abadi di sisi rabbi dengan sentiasa memastikan niat yang betul..selamat menyiapkan assignment dan menghadapi peperiksaan..doa ummi agar semuanya terus cemerlang di dunia dan akhirat...ameen.


jazakallah buat dia yang bergelar suami...terima kasih kerana bersabar dengan karenahku... terima kasih diatas teguran dan bimbingan yang banyak menginsafkan...terima kasih di atas segalanya...semoga Allah memberkati mu.

****************

Monday, July 20, 2009

sebahagian dr kurniaan Ilahi

28 Jun-puteri kedua mendaftar diri di UPM serdang. 29 Jun-putera pertama mendaftar di UKM...mengikut langkah kakak sulungnya...

rumah ini kembali sunyi...anak2 yang masih di sekolah menengah juga telah kembali ke asrama masing2...sesekali terdetik di hati ini...semakin dekat kini untuk aku lalui dan rasai apa yang telah ayahbonda ku alami...riuh rendah dan hiruk pikuk suara anak2 hanya nostalgia.mereka kini hanya berdua di rumah yang suatu ketika dulu sentiasa disulami tangisan dan gelak tawa anak2.

.....ini bermaksud usia ini semakin ke penghujung...bagaimana bekal menuju ke sisi Ilahi... betapa kerdil terasa...Ilahi sesungguhnya aku tidak layak ke syurga Mu...namun tidak pula hamba ini mampu menghadapi api neraka Mu.

buat ayahbonda jazakumullahukhairan kathira untuk segalanya.

...buat anak2...manfaati lah peluang menimba ilmu yang Allah berikan buat kalian dengan sebaik mungkin...InsyaAllah keredhaan Nya akan mengiringi hidup kalian demi kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat...ameen.

Sunday, June 21, 2009

*sihat cara rasulullah*

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB - Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan - Segeralah berwudhu - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT
7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::
Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Friday, June 19, 2009

**erti kasih sayang**

lama betul teman tak menjengah laman ini...kalut dan sibuk memang lebih sedikit bila cuti persekolahan..biasalah bila ramai ramai berkumpul..paling best,cuti kali ini adik adik teman datang berkunjung bersama anak-anak.riuh rendah rumah yang teman tumpangi ini...walau agak letih tapi hati teman puas dan bahagia meraikan tetamu yang jarang-jarang dapat berkumpul bersama. adik teman yang satu-satunya perempuan ni seorang yang sangat cekal dalam bertindak..rajin dan seorang ustazah yang dedikasi..lulusan IPDA ini akan menyambung pelajarannya ke U...walau anak sudah lima namun hatinya amat kuat untuk terus belajar...sebenarnya seusai stpm dan mendapat keputusan dia ditawarkan ke UM tetapi kerana ada sedikit masaalah, hanya menyambung pelajaran ke IPDA dan memberikan laluan kepada adik teman yang seorang lagi ke UIA ..agak teman la..itulah sebabnya dia tetap nak sambung belajar...however semuga dia berjaya dan 'pengorbanan' nya terhadap seorang adik...kerana kasih...kerana sayang tidak dilupakan.