Wednesday, February 10, 2010

...pil pintar...?

...fenomena pil pintar atau apa jua bentuk,rupa dan namanya...yang pasti matlamatnya cuma satu dan hanya satu...khususnya para ibubapa...kejayaan anak-anak dalam pelajaran sehingga ke tahap yang paling tinggi.

seimbas lalu...ia seolah-olah satu short cut menggenggam kejayaan...maka lahirlah budaya pengambilan pil pintar ini...atau hakikatnya ...pengusaha pil yang 'pintar' menangguk peluang yang ada di depan mata tanpa mengira halal haramnya.

...rehatkan minda seketika...lupakan 'pil pintar'...kita kembali kepada mengenai fakta mengenai otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluk Nya yang bernama manusia...otak yang dianugerahkan aqal...yang membezakan manusia dengan haiwan.malah sesetengah saintis menganggap otak manusia seumpama radiator yang menyejukkan darah dan super komputer.

badan neuron adalah pusat memproses maklumat dalam otak dan para saintis neuro menganggarkan terdapat kira-kira 100 bilion neuron dalam otak manusia..maklumat dalam bentuk impuls letrik yang dihantar ke otak akan bertukar menjadi biokimia dan membuat neurotransmiter antara dendrit neuron...sentuhan atau hubungan ini akan mengaktifkan otak.

kelajuan maklumat diserap atau disampaikan banyak bergantung kepada sumber pemakanan yang diambil individu.contohnya sumber protin yang menghasilkan asid amino dari triptofan dan tirosina mempengaruhi ketajaman berfikir dan kecerdasan otak...begitu juga dengan vitamin b kompleks yang menjadi asas kepada sumber tenaga untuk mempercepatkan tindakbalas dalam badan manusia ke otak.

...yang pasti...pemakanan yang diambil akan memberikan kesan yang besar terhadap otak.

...pil pintar...inikah asas lahirnya pil atau apa saja namanya yang mendorong ramai orang menggunakannya??? atau pengguna yang tersilap menafsirkan produk... kekhilafan ini membuka peluang bagi sesetengah orang yang suka mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi pasaran yang sememangnya teramat besar...bahkan ada yang sanggup menjaja bahawa produk mereka adalah segala-galanya...produk itulah yang menjayakan,menyembuh, menjaga dan menjadikan begini dan begitu...tiada lagi Allah disebalik semuanya...

...berpijaklah di bumi yang nyata...bahawa memang pemakanan banyak mencorakkan otak dan sesetengah ubat atau pil (khususnya yang mendapat kelulusan kem.kesihatan ) adalah untuk MERANGSANG otak dan BUKAN menjadikannya pintar...otak akan berfungsi dengan baik bila ia digunakan...jadi aktifkan aktiviti otak dengan banyak membaca,berfikir secara kreatif dan positif dan paling utama menjadikan diri kita ibubapa contoh...hamba yang patuh dan taat pada Allah Rabbul 'Alamin.Ini kerana hamba yang patuh akan mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat...disenangi manusia...dikasihi Allah.

semuga kita lebih berhati-hati sesudah ini...pastikan apa yang kita consume benar-benar suci di sisi Ilahi.amalkan pemakanan yang baik untuk merangsang kecerdasan minda dan betulkan i'tiqad bahawa kita hanya berusaha tetapi yang Maha Memberi itu hanya Allah...mengamalkan pemakanan pil atau sebagainya hanyalah sebagai usaha...bukan kemestian yang mutlaq...dan pastikan kita kenal dalam ertikata yang sebenarnya apa yang kita makan...hatta kismis atau kurma...kerana dimana-mana jua akan ada manusia akan mengambil kesempatan mencari keuntungan di celah-celah kejujuran insan lain...malah mengambil kesempatan menjauhkan kita dari islam yang syumul...na'uzubillah.

"sesungguhnya tiada jalan pintas meraih kejayaan"

0 comments:

Post a Comment