Tuesday, December 22, 2009

...doa...(iii)...

...doa adalah sebahagian dari usaha yang lakukan...malah ia berjalan seiring dengan usaha amali... ini kerana dalam apa jua usaha atau kerja yang di lakukan kita akan terus mengharapkan keberhasilannya dari Allah melalui doa samada setiap selepas solat atau setiap kali kerja digerakkan maka kita akan sertai dengan ungkapan...insyaAllah hajat dan kemahuan kita ini diperkenan oleh Ilahi.

...jika doa adalah usaha,maka apa pula tawakkal ?...yang pasti dan nyata ...tawakkal ialah berserah pada Ilahi setelah kita berusaha semaksima mungkin...yakinkanlah diri bahawa Allah itu maha adil. sebanyak mana usaha maka sebanyak itulah hasil tuaiannya.

...duhai anak...sentiasa sematkan dalam hati nurani kalian...sesungguhnya peranan doa itu amat besar sehingga disebutkan bahawa doa itu senjata mukmin malah orang yang tidak mahu atau malas berdoa kehadrat Ilahi dianggap hamba yang sombong...juga ...doa semata-mata tanpa gigih berusaha adalah menggambarkan peribadi yang lemah jiwa...lemah mental.

...akak...angah...kak cik...selamat kembali ke kampus...ingat pesan ummi dan abah...jaga diri... jaga iman...teruskan perjalanan menimba ilmu dengan memastikan niat yang betul...yang diredhai Allah...hanya dengan ilmu yang disertai iman dan amal yang ada value di sisi Tuhan...selamat berjuang...

0 comments:

Post a Comment