Sunday, December 27, 2009

...kasih ibu...

ibu...mak...ma...mama...ummi...dan pelbagai lagi nama atau gelaran yang digunakan untuk insan yang melahir dan membesarkan anak-anak tanpa rintihan jauh sekali keluhan sesalan. kalaupun ada segelintir yang yang menyalahi adat kasih ibu terhadap anak...maka sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan yang mengaku 'ibu' itu.

hakikat bahawa...kita anak-anak hanya mengerti...menginsafi kasih ibu hanya apabila kita sendiri menjadi ibu adalah suatu yang hampir pasti...sebab...cuba kita kenangkan zaman anak-anak sehinggalah zaman akhir remaja...sesekali bila ibu menegur akan ada yang memberontak di jiwa andai ianya berlawanan dengan kehendak naluri diri...cuma mungkin bentuk respons itu berbeza antara individu...yang tebal rasa hormat mungkin sekadar mendiamkan diri agar hati dan perasaan si ibu tidak terluka...namun tidak kurang yang suka berterus terang tetapi tersilap gaya...maka terusiklah perasaan halus seorang ibu.

malah ada para ibu yang bersikap melindungi anak-anak biarpun si anak sudah punya keluarga sendiri...salahkah ibu menegur...mengingatkan tentang sesuatu...? kalaupun silap cara dan masanya tidak bolehkah kita sebagai anak menerima teguran ibu dengan lapang dada dan murahkan sedikit senyuman untuk ibu.

layanan atau respons si anak terhadap apa jua yang ibu luahkan atau lakukan pada hakikatnya akan membentuk rasa dan sikap ibu terhadap anaknya di lain masa pula...maka bertindak dan berurusanlah dengan ibu secara bijasana...tidak salah mengorbankan sedikit perasaan kita demi seorang insan yang teramat besar jasa dan pengorbanannya dalam hidup kita...yang mengandungkan kita selama sembilan bulan dengan pelbagai ujian...

islam sangat memandang tinggi kedudukan seorang ibu...sehinggakan apabila ditanyakan oleh seorang sahabat tentang kepada siapakah perlu dia berbuat baik...rasulullah s.a.w telah mengulang sebut 'ibu mu' sebanyak tiga kali...sia-sia sahajakah ulangan jawapan itu... pastinya TIDAK...kerana rasulullah tidak melakukan sesuatu yang sia-sia...malah di dalam al quran sendiri banyak menyebut betapa perlunya berbuat baik terhadap dua ibubapa... contohnya surah annisa' ayat 36,al isra' ayat 23,al ankabuut ayat 8 dan luqman ayat 14.

...dengan ilmu kita yang hanya setitis ini...tidak bolehkah kita merenung sejenak betapa suruhan Allah itu adalah sebagai menunjukkan sedikit yang kita perlu lakukan sebagai mengenang kasih ibu.sesungguhnya tiada kasih yang mampu menandingi kasih ibu... yang mula berbunga bila dia pasti kita ada di dalam rahimnya dan berakhir di hari ruhnya diangkat menemui Tuhan...ibu yang akan berkorban apa sahaja...hatta nyawa...demi anak-anak yang anugerahkan kepadanya...sebuah kasih yang hampir tidak mungkin difahami oleh sesiapa jua melainkan Allah dan si ibu ...

...salam kasih untuk ibu...pengorbanan mu...ku junjung tinggi...semuga Allah yang sentiasa menempatkan mu ibu dalam kasih sayang dan rahmat hidayah Nya...dan...tempat mu kelak bersama para kekasih Allah...para anbiya'...para mursaliin...ameen.

0 comments:

Post a Comment