Monday, February 15, 2010

...resah...

...manusia ...lumrahnya dilahirkan menangis...namun di saat lahirnya jiwa suci itu ke dunia... tangisan itu logiknya agak tersasar untuk dikatakan tangis resah...setelah masa berlalu... semuanya berubah mengikut masa dan corak yang telah dilukiskan oleh samaada kedua ibubapa atau siapa jua yang menjaga dan membesarkan anak itu...maka pada banyak waktunya tangisnya akan lebih membayangkan keresahan jiwa dengan pelbagai musabab.

...manusia...keresahan selalunya berkaitan dengan kitaran hidup yang dilalui...hubungan sesama makhluk...keperluan kehidupan... atau mungkin juga 'kemewahan'...

...manusia...mengejar kehidupan ada ketikanya lupa jalan pulang kepada Nya...biar semuanya sudah ada di depan mata namun jiwa masih kosong...hati dilanda resah...kenapa...mengapa... pasti ada jawapannya...semuanya bergantung kepada kesediaan jiwa dan mental untuk menerima kebenaran biarpun apa warna serta coraknya.

...manusia...kekadang alpa bahawa perjuangan yang digalas dalam kehidupan ini... biar apa juga destinasinya adalah sesekali tidak mungkin dapat memisahkan diri dari ketentuan Ilahi... maka kenapa masih ada yang enggan melepaskan ego yang tinggi...kesombongan...keangkuhan... atau mungkin juga segalanya yang dirasakan 'hak personal' ...sedang jiwa diselimut resah gelisah yang tidak berkesudahan.

...manusia...selesa berada 'di atas' dan dengan 'penghormatan' duniawi jua akan memberikan ruang keresahan diri.merasakan jawatan atau apa saja namanya sebagai hak dan bukan rasa tanggung jawab malah mengheret rasa berkuasa ke atas orang lain...dan resah ini akan terus mengganggu malah boleh membunuh jiwa kemanusiaan.

...atas kesedaran yang ada ...walau hanya sedikit dan hanya sedetik...biarlah kita ubah segalanya.walau di awal langkah...payahnya terasa namun alah bisa tegal biasa...susutkan ego , angkuh , sombong dan matikan jiwa 'rasa berkuasa'...yang pasti...semuanya tidak layak bagi kita sebagai manusia yang lemah untuk bersifat seumpamanya.

...berikan sedikit ruang serta masa untuk berfikir secara tulus bahawa manusia ini saling memerlukan lantaran tiada insan yang perfect...malah kita di ciptakan untuk saling menyempurnakan...saling menghormati...mudahan dengannya akan meningkatkan jiwa taqwa.
lupakan 'kedudukan' atau mungkin apa saja yang merosakkan...dan kita bina di atasnya kekuatan dan kemantapan aqeedah agar resah yang ada diganti dengan jiwa tenang...yang tiada ternilai dengan isi dunia...harga sebuah keimanan..

"wahai jiwa yang tenang...kembalilah kepada Tuhan mu dengan redha dan diredhai"...

Wednesday, February 10, 2010

...pil pintar...?

...fenomena pil pintar atau apa jua bentuk,rupa dan namanya...yang pasti matlamatnya cuma satu dan hanya satu...khususnya para ibubapa...kejayaan anak-anak dalam pelajaran sehingga ke tahap yang paling tinggi.

seimbas lalu...ia seolah-olah satu short cut menggenggam kejayaan...maka lahirlah budaya pengambilan pil pintar ini...atau hakikatnya ...pengusaha pil yang 'pintar' menangguk peluang yang ada di depan mata tanpa mengira halal haramnya.

...rehatkan minda seketika...lupakan 'pil pintar'...kita kembali kepada mengenai fakta mengenai otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluk Nya yang bernama manusia...otak yang dianugerahkan aqal...yang membezakan manusia dengan haiwan.malah sesetengah saintis menganggap otak manusia seumpama radiator yang menyejukkan darah dan super komputer.

badan neuron adalah pusat memproses maklumat dalam otak dan para saintis neuro menganggarkan terdapat kira-kira 100 bilion neuron dalam otak manusia..maklumat dalam bentuk impuls letrik yang dihantar ke otak akan bertukar menjadi biokimia dan membuat neurotransmiter antara dendrit neuron...sentuhan atau hubungan ini akan mengaktifkan otak.

kelajuan maklumat diserap atau disampaikan banyak bergantung kepada sumber pemakanan yang diambil individu.contohnya sumber protin yang menghasilkan asid amino dari triptofan dan tirosina mempengaruhi ketajaman berfikir dan kecerdasan otak...begitu juga dengan vitamin b kompleks yang menjadi asas kepada sumber tenaga untuk mempercepatkan tindakbalas dalam badan manusia ke otak.

...yang pasti...pemakanan yang diambil akan memberikan kesan yang besar terhadap otak.

...pil pintar...inikah asas lahirnya pil atau apa saja namanya yang mendorong ramai orang menggunakannya??? atau pengguna yang tersilap menafsirkan produk... kekhilafan ini membuka peluang bagi sesetengah orang yang suka mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi pasaran yang sememangnya teramat besar...bahkan ada yang sanggup menjaja bahawa produk mereka adalah segala-galanya...produk itulah yang menjayakan,menyembuh, menjaga dan menjadikan begini dan begitu...tiada lagi Allah disebalik semuanya...

...berpijaklah di bumi yang nyata...bahawa memang pemakanan banyak mencorakkan otak dan sesetengah ubat atau pil (khususnya yang mendapat kelulusan kem.kesihatan ) adalah untuk MERANGSANG otak dan BUKAN menjadikannya pintar...otak akan berfungsi dengan baik bila ia digunakan...jadi aktifkan aktiviti otak dengan banyak membaca,berfikir secara kreatif dan positif dan paling utama menjadikan diri kita ibubapa contoh...hamba yang patuh dan taat pada Allah Rabbul 'Alamin.Ini kerana hamba yang patuh akan mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat...disenangi manusia...dikasihi Allah.

semuga kita lebih berhati-hati sesudah ini...pastikan apa yang kita consume benar-benar suci di sisi Ilahi.amalkan pemakanan yang baik untuk merangsang kecerdasan minda dan betulkan i'tiqad bahawa kita hanya berusaha tetapi yang Maha Memberi itu hanya Allah...mengamalkan pemakanan pil atau sebagainya hanyalah sebagai usaha...bukan kemestian yang mutlaq...dan pastikan kita kenal dalam ertikata yang sebenarnya apa yang kita makan...hatta kismis atau kurma...kerana dimana-mana jua akan ada manusia akan mengambil kesempatan mencari keuntungan di celah-celah kejujuran insan lain...malah mengambil kesempatan menjauhkan kita dari islam yang syumul...na'uzubillah.

"sesungguhnya tiada jalan pintas meraih kejayaan"

Tuesday, February 2, 2010

...muhasabah...

...kenali diri...
...dari mana kita datang...ke mana kita kan pergi...
...sudahkah kita praktikkan apa yang kita serukan kepada insan lain...
...bagaimana wajah solat kita hari ini...
...sudahkah kita memaafkan kesilapan orang terhadap kita...
...adakah doa kita hari ini menyeluruhi muslim mukmin...
...bersediakah kita andai dipanggil mengadap Ilahi ketika ini...
...
...
...lakukan sesuatu...

Saturday, January 23, 2010

...teguran...kritikan...

...dalam melalui liku-liku kehidupan yang pelbagai bentuk cabaran dan dugaan ini...kita manusia kadang-kadang tergelincir dari landasan yang telah ditunjukkan oleh rasulullah...itu hakikat... tapi wajarkah kita biarkan saja kesilapan itu sebati dalam diri...dimamah usia...lemahkah kita andai menginsafi serta mengakui kesilapan diri lantas memperbetulkan langkah...akan hilangkah segala keagungan duniawi andai kita mengambil sikap memaafkan orang lain dan tidak segan memohon maaf...

semuanya akan menjadi sukar...payah...andai rasa kita adalah yang terbaik dan tidak boleh menerima apa jua bentuk pandangan yang berbeza...jauh sekali untuk menerima teguran atau kritikan dengan lapang dada.

sedangkan rasulullah boleh menerima pendapat malah teguran para sahabat...maka siapa kita untuk mendabik dada...tidak boleh ditegur...

memang fitrah manusia biasa akan terusik hatinya bila ditegur atau dikritik...tapi kita juga dikurniakan aqal oleh Allah untuk memintas nafsu ammaarah dengan zikrullah dan bersikap rasional dalam bertindak...biar kita ditegur bila tersilap langkah atau silau dalam perhitungan... mudahan ia menandakan Allah masih sayangkan kita lantaran melalui teguran kita boleh memuhasabah diri dengan lebih baik dan dapat meningkatkan cinta kasih kita kepada Allah.

...biar siapa yang menegur atau apa cara teguran dibuat...apa yang perlu bagi kita adalah ambil saja yang positifnya dan jadikannya antara lorong-lorong terbaik untuk muhasabah dan mengenali diri...kerana adakalanya yang pahit itu adalah penawar yang paling mujarab...

insyaAllah...mudahan kita antara yang sentiasa mendapat rahmat kasih Allah dari teguran atau kritikan yang diterima...ameen.

Thursday, January 14, 2010

...ayuh bangkit dari mimpi...buat yang bernama ibubapa ..

...subhanallah...48 orang dalam satu kelas...mampukah diri mengawal pelajar seramai itu...akan sampaikah mesej pengajaran...

sudah hampir dua minggu berlalu...apa yang boleh dikatakan hanyalah...not bad...yang pasti setiap kali berakhir waktu persekolahan,tekak akan perit dan keletihan amat terasa...

hakikatnya...yang paling menekan perasaan ialah bila berdepan dengan masaalah pelajar-pelajar yang tidak menguasai jawi dan buta al quran...sebab kesannya akan menyeluruhi semua subject yang dipelajari...kadang-kadang just cross my mind...biar aje...apa yang boleh dibuat lagi... especially tahun ini tahun peperiksaan...focus aja pada yang memang menguasai kedua-duanya... bolehkah begitu...sanggupkah hati kecil membiarkan saja mereka terus tercicir..???

...penat...ya Allah berikan kekuatan agar hamba ini dapat membimbing mereka...kuatkan azam mereka dalam menimba ilmu agar lebih dekat pada Mu...jauhkan sifat malas dan berputus asa dalam usaha ini...ameen.

...sesekali timbul persoalan...kenapa susah sangat membaca al quran dengan bertajwid... malah lebih parah memang buta al quran...di mana silap dan salahnya...??? minat tidak ada ??? kenapa sampai begitu jadinya ??? kenapa puasa boleh disuruh...dipaksa...tapi tidak pada solat dan tidak pada celik al quran...namun...memadaikah hanya dengan paksaan atau suruhan...

...di mana kedua ibubapa...???... apa yang ketara...kalau tak ke sekolah atau tuisyen akan adalah habuan tapi pernahkah dipastikan akan solat dan bacaan al quran anak-anak... atau ibubapa sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak...dengan kata lainnya...ibubapa juga tidak solat...jauh lagilah membaca dan menghayati al quran.

...semuanya di letakkan di bahu ustaz atau ustazah...jujur saja...walau jumlah pelajar yang ramai agak membebankan tetapi andai boleh menguasai subject asas...ia akan menjadi lebih mudah...

...ayuh...kita bina kekuatan...agar jumlah yang ramai ini tidak menjadi buih di lautan... semua perlu memainkan peranan...peperiksaan adalah perkara kedua...yang utama sekarang... sifarkan buta al quran...rapatkan jiwa dan mental ke hadrat Allah.

Sunday, January 3, 2010

...kembali ke sekolah...

selamat kembali ke sekolah buat anak-anak yang dikasihi...

adib n irfan...tahun ini tahun ujian besar bagi kalian...level yang kak cik telah letakkan buat kalian hanya akan boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan doa yang berterusan...teguhkan azam ...tetapkan matlamat...lalu melangkah gigih menuju cita-cita...mulakan sekarang...bukan kejap lagi.. bukan esok...jejak yang diatur oleh akak,angah dan kak cik adalah untuk kalian susuli...

adiba...selamat melangkah ke alam sekolah menengah...dunia yang memang berbeza dari sekolah rendah...persediaan jiwa dan mental yang telah ummi,abah serta kakak2 dan abang2 adiba berikan...jadikan bekalan...ingat...semakin tinggi tahap pembelajaran maka makin banyak ujian dan cubaannya...paling utama...lapangkan dada dan bersedia menimba ilmu tanpa jemu...jauh sekali berputus asa...ingat selalu...kita semua saling mendoakan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

amni...tingkatkan usaha...masa enjoy amni dah berlalu...2010 ini adalah tahun bagi memulakan langkah untuk menghadapi upsr 2013...dan rajin2 solat jemaah...

...buat semua permata hati ummi...tingkatkan usaha dalam menimba ilmu dengan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah...melangkah dan bertindaklah berpandukan quran dan sunnah agar hidup kalian dalam limpahan kasih sayang dan mardhotillah...ameen.

...together...back to school...

Saturday, January 2, 2010

subhanallah...allahuakbar...

salam,,
gambar2 ni telah diambil oleh seorang penyelam profesional,
anatoly broshchin.,dalam sebuah gua di cenote angelita,mexico.
ni adalah apa yg diungkapkan oleh beliau:
“We are 30 meters deep, fresh water, then 60 meters deep – salty water and under me I see a river, island and fallen leaves… Actually, the river, which you can see, is a layer of hydrogen sulphide.”
It must be an unforgettable feeling once you’re there and see it with your own eyes.

..........................
inilah bukti kekuasaan Allah,
Allah mampu menjadikan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.
subhanallah.









wallahua'lam,,
wasalam.